...Terbahagi kepada dua - Janjang Aritmetik & Janjang Geometri. Janjang Aritmetik:Satu jujukan nombor dengan keadaan beza antara setiap sebutan dengan sebutan sebelumnya ialah satu pemalar. Janjang Geometri: Satu jujukan nombor dengan keadaan setiap sebutan selepas sebutan pertama diperoleh dengan mendarab sebutan sebelumnya dengan satu pemalar...
Isnin
AV1 (terkini)
~gambar pertama adalah gambaran keseluruhan tentang topik Janjang~
~gambar kedua menunjukkan hasil analisis kami~
Bagi Topik 1 Matematik Tambahan Tingkatan 5 iaitu Topik Janjang, kami telah memilih sub topik 1.1.4 iaitu mencari hasil tambah janjang aritmetik
Sub topik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
a) hasil tambah sebutan n
b) hasil tambah bilangan nombor yang berturutan
c) jumlah sebutan bagi sesuatu janjang aritmetik
Sebelum mempelajari sub topik ini, pelajar harus mempunyai pengetahuan lepas yang berkaitan.
Paling hampir kepada sub topik ini adalah sub topik 1.1.1, 1.1.2, dan 1.1.3 dalam matematik tambahan tingkatan 5 iaitu mengenai janjang aritmetik itu sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan